Assalamu'a;ailum... Salam sejahtera untuk semua,
Ramadhan semakin menghampiri kita, bagi adik-adik yang masih bersekolah, mungkin ramai yang tak terasa kehangatan kedatangan Ramadhan berbanding dengan mereka yang lebih dewasa. Cuma adik-adik, kita kena ingat... Ramadhan itu bukan sahaja datang untuk mereka yang dewasa... malah Ramadhan itu datang untuk semua... Walaupun kawan kita yang berlainan fahaman agama pun turut merasai kehadiran Ramadhan...
Adik-adik, abang kakak,
Rugilah kalau kita yang beragama Islam tidak mengambil kesempatan di atas kehadiran Ramadhan kali ini. inilah sebenarnya peluang & ruang seluas-luasnya yang telah diberikan oleh Allah untuk kita memperbaiki apa jua perkara sama zahir & batin, rohani & jasmani kita untuk kembali menjadi "INSAN CEMERLANG"
Semua manusia yang beragama Islam di waktu ini akan mengubah jadual kehidupan & rutin harian mereka... seperti biasa, ada yang dahulu selalu berada dalam kekenyangan tanpa merasai kelaparan dengan maksud pantang berlapar... (asal lapar aje kita bedal)... Bulan Ramadhan ini berbeza... Tidak dinafikan ada yang tak ambil endah dengan bulan mulia ini... Tapi kita 'jangan pandang orang lain' adik-adik & abang kakak sekalian. Untuk menempah tiket ke SYURGA, kita perlulah melakukan sesuatu yang disebut sebagai PERUBAHAN...
Tanpa perubahan dari yang buruk kepada yang baik... dari yang baik kepada yang LEBIH BAIK... dari yang LEBIH BAIK kepada KEJAYAAN & KECEMERLANGAN bermakna kita menempah suatu penghidupan di akhirat yang sangat MERUMITKAN...
JOM KITA HAYATI BULAN RAMADHAN INI DENGAN SUATU PERUBAHAN...